Aduh!
Sakitnya rindu
Rasa ngilu yang tusuk di perdu
Rindu itu memang sakit begitu
Kerana ia menikam dengan syahdu
Dan ia menerkam dengan pilu
Kau ku rindukan
Kau ku dambakan
Namun dulu kau yang ku tinggalkan
Satu dunia tahu aku rindu kau
Kecuali kau yang tak tahu
Kerana kau tutup hatimu
Padaku
Oh!
Sakitnya rindu
No comments:
Post a Comment