Tuesday, 23 August 2016

Kisah Disebalik Lagu "Fatwa Pujangga"

**artikel asal ditulis pada 29/10/2013

Baru-baru ini di Pulara (Puisi Lagu Rakyat) Pangkor, ada satu lagu yang cukup lekat di kepala aku. Tajuk lagunya Fatwa Pujangga, nyanyian asal dan dicipta oleh S. Effendi. Aku kurang pasti siapa yang menyanyikan lagu ni di Pulara hari tu, tapi dia datang dari Indonesia.

Pertama kali aku dengar lagu ni, aku rasa macam bukan kali pertama aku dengar lagu ni. Mungkin waktu kecik-kecik dulu lagu ni selalu ada di radio. Lagunya disampaikan penuh penghayatan, penuh sayu, rasa macam ada cerita di sebalik lagu ni. Aku tak puas hati lalu aku google

S. Effendi adalah seniman ulung dari Indonesia. Sebelum adanya S. Effendi pengaruh muzik rumpun melayu baik di Singapura, Brunei dan Indonesia adalah berpaksikan kepada Malaysia, ataupun lebih tepat lagi, P. Ramlee. Namun S. Effendi telah berjaya memecah dominasi P Ramlee dengan lagu-lagunya seperti Asmara Dewi, Bahtera Laju dan Seroja. Disebabkan popularitinya maka S. Effendi banyak menerima surat-surat dari peminatnya. Inilah yang mengilhamkan lagu Fatwa Pujangga. Ada dua kisah asal-usul lagu ini:-

Kisah pertamanya adalah disebabkan S. Effendi terasa terkilan kerana tidak dapat membalas surat-surat peminatnya. Ini kerana kebanyakan surat yang dihantar adalah tanpa alamat pengirimnya. Surat-surat yang diterima S. Effendi penuh dengan kata-kata puisi memuji dirinya. Disebabkan rasa perlunya beliau membalas surat-surat ini, maka terciptalah lagu Fatwa Pujangga, lagu mengenai surat yang tidak dapat dibalas.

Kedua pula diceritakan S. Effendi menerima sepucuk surat dari peminatnya. Peminat itu meluahkan perasaan hatinya pada S. Effendi dan memuji-muji S. Effendi dalam bait puisi yang indah. Beliau mahu membalas surat itu tetapi malangnya surat itu tiada beralamat. S. Effendi hanya mampu menyimpan surat itu dan membalasnya dengan lagu Fatwa Pujangga.

Begitulah adanya

" T'lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan

Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua "



No comments:

Post a Comment