Kerja itu tidak pernah selesai
Cuti itu tidak pernah memadai
Hidup itu tidak pernah lepas
Gembira itu tidak pernah puas
Iman Itu tidak pernah utuh
Mati itu tidak pernah jauh
Saturday, 26 November 2016
Metaforfosis
Kadang tak boleh gapai
Apa yang nak dicapai
Tak tersampai mana kita nak pergi
Jangan salahkan diri sendiri
Jangan sakitkan hati
Biasalah hidup memang macam ni
Kita mimpi jadi arkitek
Akhirnya mengetuk mesin taip
Kita mimpi jadi penyanyi
Duduk di meja menanti gaji
Jadi itu dan jadi ini
Cuba cari diri sendiri
Akhirnya baru kita sedari
Baik menjadi diri sendiri
Jadi apa tunggu lagi
Mari nikmati hidup ini
Sekali lagi
Mari kita pergi
Capai impian hati
Biar mati nanti
Orang ingat dalam hati
Biar mati nanti
Orang ingat sampai mati.
Biar mati nanti
Orang masih ingat lagi
Biar mati nanti
Tak ada apa disesali
Apa yang nak dicapai
Tak tersampai mana kita nak pergi
Jangan salahkan diri sendiri
Jangan sakitkan hati
Biasalah hidup memang macam ni
Kita mimpi jadi arkitek
Akhirnya mengetuk mesin taip
Kita mimpi jadi penyanyi
Duduk di meja menanti gaji
Jadi itu dan jadi ini
Cuba cari diri sendiri
Akhirnya baru kita sedari
Baik menjadi diri sendiri
Jadi apa tunggu lagi
Mari nikmati hidup ini
Sekali lagi
Mari kita pergi
Capai impian hati
Biar mati nanti
Orang ingat dalam hati
Biar mati nanti
Orang ingat sampai mati.
Biar mati nanti
Orang masih ingat lagi
Biar mati nanti
Tak ada apa disesali
Tuesday, 23 August 2016
Racun Yang Manis Episod V
Engkau datang bak taufan
Buat aku tidak keruan
Belum sempat kita berkenalan
Kita sudah berkasih-kasihan
Inilah garis masa dan ketika ku yang paling edan
Berkali-kali aku dipesan
Gadis yang ini bukan mainan
Namun ku turutkan perasaan
Terus ku hilang, lemas, tenggelam, larut, tanpa kawalan
Kau membuat putaran bumiku beralih paksi
Aku makin leka sambil rakan-rakan memerhati
Diriku bukanlah begini
Apa sudah jadi, mereka terus rasa simpati
Pada aku yang asyik, leka, lupa diri
Oh manisnya racun yang satu ini
Perlahan-lahan ia menghakis peribadi
Hingga tiba suatu hari
Segala buruk, pekung, dan semua yang kau cuba sembunyi
Aku ketahui
Cukup sampai disini
Pergi kau pergi mati
Racun yang manis tiada lagi
Kini
Aku aman di sini
Terimakasih, Isteri
Buat aku tidak keruan
Belum sempat kita berkenalan
Kita sudah berkasih-kasihan
Inilah garis masa dan ketika ku yang paling edan
Berkali-kali aku dipesan
Gadis yang ini bukan mainan
Namun ku turutkan perasaan
Terus ku hilang, lemas, tenggelam, larut, tanpa kawalan
Kau membuat putaran bumiku beralih paksi
Aku makin leka sambil rakan-rakan memerhati
Diriku bukanlah begini
Apa sudah jadi, mereka terus rasa simpati
Pada aku yang asyik, leka, lupa diri
Oh manisnya racun yang satu ini
Perlahan-lahan ia menghakis peribadi
Hingga tiba suatu hari
Segala buruk, pekung, dan semua yang kau cuba sembunyi
Aku ketahui
Cukup sampai disini
Pergi kau pergi mati
Racun yang manis tiada lagi
Kini
Aku aman di sini
Terimakasih, Isteri
Racun Yang Manis Episod IV
Bertemu tapi tak bersua muka
Acah-acah cinta pandang pertama
Berkenal dan mencari cinta
Cinta dijumpa dikongsi bersama
Namun masih terlalu awal lagi
Belum kenal peribadi diri
Sudah mencurah kata janji
Sudah berangan sehidup semati
Lalu kau teresak menangis
Mengenangkan nasib kau yang sadis
Gejolak hatimu timbul kudis
Setelah kau minum racun yang manis
Yang separa sedar aku titis.
Dalam nada dan dalam mesej.
Maaf MJ
Acah-acah cinta pandang pertama
Berkenal dan mencari cinta
Cinta dijumpa dikongsi bersama
Namun masih terlalu awal lagi
Belum kenal peribadi diri
Sudah mencurah kata janji
Sudah berangan sehidup semati
Lalu kau teresak menangis
Mengenangkan nasib kau yang sadis
Gejolak hatimu timbul kudis
Setelah kau minum racun yang manis
Yang separa sedar aku titis.
Dalam nada dan dalam mesej.
Maaf MJ
Racun Yang Manis Episod III
Racun Yang Manis adalah
Kau Cinta Dia
Tapi Dia Anggap Kau Kawan
Kawan berkawan dan berjalan-jalan
Dia Ajak kau pergi kota
Dalam hati kau suka
Tapi dalam otak kau terasa
Kau hanya bawakkan bag-bag dia
Tapi kau palsukan bahagia
Kau sembunyikan sengsara
Asalkan kau dekat dengan dia
Kau Cinta Dia
Tapi Dia Anggap Kau Kawan
Kawan berkawan dan berjalan-jalan
Dia Ajak kau pergi kota
Dalam hati kau suka
Tapi dalam otak kau terasa
Kau hanya bawakkan bag-bag dia
Tapi kau palsukan bahagia
Kau sembunyikan sengsara
Asalkan kau dekat dengan dia
Racun Yang Manis Episod II
Racun yang manis adalah kekecewaan bercinta
Walau berkali kita meneguknya
Dah merasa pahitnya,
Dah merasa pedihnya,
Dah merasa bisanya
Esok lusa kita mahu bercinta lagi
Kelak kecewa lagi
Lalu meneguk lagi
Segelas racun yang manis
Walau berkali kita meneguknya
Dah merasa pahitnya,
Dah merasa pedihnya,
Dah merasa bisanya
Esok lusa kita mahu bercinta lagi
Kelak kecewa lagi
Lalu meneguk lagi
Segelas racun yang manis
Racun Yang Manis
Setitis racun manis mengalir di luka yang kering
Dengan rakus ia menghiris-hiris
Entah dari mana dan entah demi apa
Ku biar racun manis, terus hiris hati luka
Hadirnya ku tepis-tepis
Namun manisnya ku akui, aku nipis
Pergilah kau racun yang manis
Bunuh aku jika aku cinta kau racun yang manis
Dengan rakus ia menghiris-hiris
Entah dari mana dan entah demi apa
Ku biar racun manis, terus hiris hati luka
Hadirnya ku tepis-tepis
Namun manisnya ku akui, aku nipis
Pergilah kau racun yang manis
Bunuh aku jika aku cinta kau racun yang manis
Hai...
Hai...
Cakaplah sesuatu. Sedikit sahaja.
hai.. ohh. ah.. atau yer.
Agar aku tahu aku jatuh hati pada manusia majmuk
Bukannya bidadari yang ada fesbuk
Atau aku sendiri-sendiri mabuk
Hai..
Cakaplah sesuatu
Apa sahaja.
Cakaplah sesuatu. Sedikit sahaja.
hai.. ohh. ah.. atau yer.
Agar aku tahu aku jatuh hati pada manusia majmuk
Bukannya bidadari yang ada fesbuk
Atau aku sendiri-sendiri mabuk
Hai..
Cakaplah sesuatu
Apa sahaja.
Ini Lagu Melayu
Kesian lelaki itu
Cuba nyanyi lagu melayu
Tapi tak tahu mana satu
Lagu yang didengar melayu
Lagu yang dicipta melayu
*
Cuba lagu inang
Jadi tunggang langgang
Cuba bersenandung
Hari jadi mendung
Cuba rancak joget
Melompat macam monyet
Cuba berkeroncong
Irama tong kosong
Cuba dondang sayang
Kurang kasih sayang
Cuba irama zapin
Guris hati S. M. Salim
/
Kesian lelaki itu
Lelaki itu buntu
Cuba nyanyi lagu melayu
Tapi tak tahu mana satu
Lagu yang didengar melayu
Lagu yang dicipta melayu
*
Cuba lagu inang
Jadi tunggang langgang
Cuba bersenandung
Hari jadi mendung
Cuba rancak joget
Melompat macam monyet
Cuba berkeroncong
Irama tong kosong
Cuba dondang sayang
Kurang kasih sayang
Cuba irama zapin
Guris hati S. M. Salim
/
Kesian lelaki itu
Lelaki itu buntu
Jabal Rahmah
Di tanah suci ini
Aku meminta petunjuk ilahi
Lalu yang tidak tersangka terjadi
Dalam mencari cinta sejati
Lalu hati terus diuji
Lalu hati terus mencari
Lalu hati mencari pasti
Lalu hati merayu ilahi
Dan sebaik baik perancang adalah Allah
Dan sebaik baik redha harus berserah
Ku pohon pastimu di Jabal Rahmah
Titik Adam dan Hawa bertemu arah
Aku meminta petunjuk ilahi
Lalu yang tidak tersangka terjadi
Dalam mencari cinta sejati
Lalu hati terus diuji
Lalu hati terus mencari
Lalu hati mencari pasti
Lalu hati merayu ilahi
Dan sebaik baik perancang adalah Allah
Dan sebaik baik redha harus berserah
Ku pohon pastimu di Jabal Rahmah
Titik Adam dan Hawa bertemu arah
Bila Kau Beradu
Setiap malam bila aku ingat kamu
Ku tinggalkan pesan
Pesan untuk kamu
Hai, apa khabar harimu
Sudikah kau ceritakan
Pengalaman seharian
Kerna aku ingin tahu, segala tentang kamu
Dan aku terlalu rindu, rindu pada kamu
Namun kisahmu terhenti
Dan aku pun mengerti
Kau sudah ke alam mimpi
Tinggal aku sendiri
*
Ku jadi buntu
Tiap malam bila kau beradu
Kau tinggal aku
Tiap malam bila kau beradu
Aku rindu
Tiap malam bila kau beradu
Ku tinggalkan pesan
Pesan untuk kamu
Hai, apa khabar harimu
Sudikah kau ceritakan
Pengalaman seharian
Kerna aku ingin tahu, segala tentang kamu
Dan aku terlalu rindu, rindu pada kamu
Namun kisahmu terhenti
Dan aku pun mengerti
Kau sudah ke alam mimpi
Tinggal aku sendiri
*
Ku jadi buntu
Tiap malam bila kau beradu
Kau tinggal aku
Tiap malam bila kau beradu
Aku rindu
Tiap malam bila kau beradu
Kelas Sastera I - Puisi Arkostik
1.Apa itu puisi arkostik?
2.puisi arkostik itu mempunyai satu subjek, dan setiap huruf subjek itu menjadi akronim atau permulaan kepada setiap baris rangkap puisi tersebut
3.Seperti contoh puisi berpaksikan perkataan "MALAM"
Mahukah kau tahu
Aku selalu menunggumu
Lewat malam hingga awal pagi
Aku tetap menanti
Munculkah engkau di sisi?
4.Puisi arkostik boleh jadi berima di hujungnya dan boleh jadi tidak, itu tidak penting dalam membina satu puisi arkostik
5. Satu contoh karya popular yang menggunakan teknik puisi arkostik ini adalah lirik dalam lagu X.P.D.C - Cinta Kenangan Silam
C.. Cintaku yang satu
I.. Impian kan nyata
N.. Nikmat yang berbeda
T.. Tanpa pengertian
A.. Antara kau dan aku
2.puisi arkostik itu mempunyai satu subjek, dan setiap huruf subjek itu menjadi akronim atau permulaan kepada setiap baris rangkap puisi tersebut
3.Seperti contoh puisi berpaksikan perkataan "MALAM"
Mahukah kau tahu
Aku selalu menunggumu
Lewat malam hingga awal pagi
Aku tetap menanti
Munculkah engkau di sisi?
4.Puisi arkostik boleh jadi berima di hujungnya dan boleh jadi tidak, itu tidak penting dalam membina satu puisi arkostik
5. Satu contoh karya popular yang menggunakan teknik puisi arkostik ini adalah lirik dalam lagu X.P.D.C - Cinta Kenangan Silam
C.. Cintaku yang satu
I.. Impian kan nyata
N.. Nikmat yang berbeda
T.. Tanpa pengertian
A.. Antara kau dan aku
Bunga & Kumbang
Kau bunga yang penuh potensi
Mekarmu pasti buat dunia berseri
Tapi kau belum kembang lagi
Mungkin tunggu kumbang buka pintu hati
Aku kumbang yang kekok
Mereka jalan lurus aku terbang bengkok
Lihat kelopak cintamu hati rasa seronok
Bukankah kumbang dan bunga itu secocok?
Mekarmu pasti buat dunia berseri
Tapi kau belum kembang lagi
Mungkin tunggu kumbang buka pintu hati
Aku kumbang yang kekok
Mereka jalan lurus aku terbang bengkok
Lihat kelopak cintamu hati rasa seronok
Bukankah kumbang dan bunga itu secocok?
Jemu / Rindu
Adakah kau ingatkan aku
Kerana aku sedang merindumu
Atau mungkin kau dah jemu
Sebab aku tak putus mengganggu..
Kerana aku sedang merindumu
Atau mungkin kau dah jemu
Sebab aku tak putus mengganggu..
Ambillah Jiwaku
cuba pandang kearahku
aku sedang melihatmu
kau nampak aku sayu
aku lihat kau layu
kenapa kita tidak bersapa
berkongsi cerita
dan merawat luka
ambillah jiwaku
ambillah nyawaku
perhatianku
dan perasaan ku...
semuanya sangat bererti
jika kau peduli
aku sedang melihatmu
kau nampak aku sayu
aku lihat kau layu
kenapa kita tidak bersapa
berkongsi cerita
dan merawat luka
ambillah jiwaku
ambillah nyawaku
perhatianku
dan perasaan ku...
semuanya sangat bererti
jika kau peduli
Terpalit
Hati rasa gundah
Lihat bibirmu yang merah
Jiwa rasa gelora
Baca pesan mu nan mesra
Fikir tak tentu hala
Saat kau tak kunjung tiba
Cinta rasa tersemi
Lihat mata kau yang seni
Lihat bibirmu yang merah
Jiwa rasa gelora
Baca pesan mu nan mesra
Fikir tak tentu hala
Saat kau tak kunjung tiba
Cinta rasa tersemi
Lihat mata kau yang seni
Aku Mahu Menegurmu
aku mahu menegurmu di pagi hari
namun risau kau tak bangun lagi
aku mahu menegurmu di tengahari
namun kau sibuk urusan duniawi
aku mahu menegurmu di waktu petang
mungkin kau tidak senggang
aku mahu menegurmu di waktu malam
aku takut... kau diam..
namun risau kau tak bangun lagi
aku mahu menegurmu di tengahari
namun kau sibuk urusan duniawi
aku mahu menegurmu di waktu petang
mungkin kau tidak senggang
aku mahu menegurmu di waktu malam
aku takut... kau diam..
Tidak Datang
Makan sudah makan,
Perang maya sudah menang,
Televisyen sudah habis siaran,
Lagu youtube sudah berulang.
Namun hati tidak tenang.
Menunggu bunyi yang tidak datang.
Tidak datang.
Kisah Disebalik Lagu "Fatwa Pujangga"
**artikel asal ditulis pada 29/10/2013
Baru-baru ini di Pulara (Puisi Lagu Rakyat) Pangkor, ada satu lagu yang cukup lekat di kepala aku. Tajuk lagunya Fatwa Pujangga, nyanyian asal dan dicipta oleh S. Effendi. Aku kurang pasti siapa yang menyanyikan lagu ni di Pulara hari tu, tapi dia datang dari Indonesia.
Pertama kali aku dengar lagu ni, aku rasa macam bukan kali pertama aku dengar lagu ni. Mungkin waktu kecik-kecik dulu lagu ni selalu ada di radio. Lagunya disampaikan penuh penghayatan, penuh sayu, rasa macam ada cerita di sebalik lagu ni. Aku tak puas hati lalu aku google
S. Effendi adalah seniman ulung dari Indonesia. Sebelum adanya S. Effendi pengaruh muzik rumpun melayu baik di Singapura, Brunei dan Indonesia adalah berpaksikan kepada Malaysia, ataupun lebih tepat lagi, P. Ramlee. Namun S. Effendi telah berjaya memecah dominasi P Ramlee dengan lagu-lagunya seperti Asmara Dewi, Bahtera Laju dan Seroja. Disebabkan popularitinya maka S. Effendi banyak menerima surat-surat dari peminatnya. Inilah yang mengilhamkan lagu Fatwa Pujangga. Ada dua kisah asal-usul lagu ini:-
Kisah pertamanya adalah disebabkan S. Effendi terasa terkilan kerana tidak dapat membalas surat-surat peminatnya. Ini kerana kebanyakan surat yang dihantar adalah tanpa alamat pengirimnya. Surat-surat yang diterima S. Effendi penuh dengan kata-kata puisi memuji dirinya. Disebabkan rasa perlunya beliau membalas surat-surat ini, maka terciptalah lagu Fatwa Pujangga, lagu mengenai surat yang tidak dapat dibalas.
Kedua pula diceritakan S. Effendi menerima sepucuk surat dari peminatnya. Peminat itu meluahkan perasaan hatinya pada S. Effendi dan memuji-muji S. Effendi dalam bait puisi yang indah. Beliau mahu membalas surat itu tetapi malangnya surat itu tiada beralamat. S. Effendi hanya mampu menyimpan surat itu dan membalasnya dengan lagu Fatwa Pujangga.
Begitulah adanya
Baru-baru ini di Pulara (Puisi Lagu Rakyat) Pangkor, ada satu lagu yang cukup lekat di kepala aku. Tajuk lagunya Fatwa Pujangga, nyanyian asal dan dicipta oleh S. Effendi. Aku kurang pasti siapa yang menyanyikan lagu ni di Pulara hari tu, tapi dia datang dari Indonesia.
Pertama kali aku dengar lagu ni, aku rasa macam bukan kali pertama aku dengar lagu ni. Mungkin waktu kecik-kecik dulu lagu ni selalu ada di radio. Lagunya disampaikan penuh penghayatan, penuh sayu, rasa macam ada cerita di sebalik lagu ni. Aku tak puas hati lalu aku google
S. Effendi adalah seniman ulung dari Indonesia. Sebelum adanya S. Effendi pengaruh muzik rumpun melayu baik di Singapura, Brunei dan Indonesia adalah berpaksikan kepada Malaysia, ataupun lebih tepat lagi, P. Ramlee. Namun S. Effendi telah berjaya memecah dominasi P Ramlee dengan lagu-lagunya seperti Asmara Dewi, Bahtera Laju dan Seroja. Disebabkan popularitinya maka S. Effendi banyak menerima surat-surat dari peminatnya. Inilah yang mengilhamkan lagu Fatwa Pujangga. Ada dua kisah asal-usul lagu ini:-
Kisah pertamanya adalah disebabkan S. Effendi terasa terkilan kerana tidak dapat membalas surat-surat peminatnya. Ini kerana kebanyakan surat yang dihantar adalah tanpa alamat pengirimnya. Surat-surat yang diterima S. Effendi penuh dengan kata-kata puisi memuji dirinya. Disebabkan rasa perlunya beliau membalas surat-surat ini, maka terciptalah lagu Fatwa Pujangga, lagu mengenai surat yang tidak dapat dibalas.
Kedua pula diceritakan S. Effendi menerima sepucuk surat dari peminatnya. Peminat itu meluahkan perasaan hatinya pada S. Effendi dan memuji-muji S. Effendi dalam bait puisi yang indah. Beliau mahu membalas surat itu tetapi malangnya surat itu tiada beralamat. S. Effendi hanya mampu menyimpan surat itu dan membalasnya dengan lagu Fatwa Pujangga.
Begitulah adanya
" T'lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga
Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia
Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan
Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua "
Puitis Konon
Kau kata kau pemuisi terulung
Depan gadis yang kau suka
Lidah kau tergulung
Kau kata ayat kau hebat
Depan dia yang kau puja
Bibirmu kelat
Kau kata kau puitis, romantis
Depan dia yang jelita
Fikiranmu tiris
Benarlah orang kata
Kau lebih khabar dari rupa
Puitis konon
Depan gadis yang kau suka
Lidah kau tergulung
Kau kata ayat kau hebat
Depan dia yang kau puja
Bibirmu kelat
Kau kata kau puitis, romantis
Depan dia yang jelita
Fikiranmu tiris
Benarlah orang kata
Kau lebih khabar dari rupa
Puitis konon
Lambat
Lambat
Bukan aku yang mintak tapi aku mendapat
Bukan tak usaha,
tapi gagal juga
Mak Ayah, mintak tempoh
Saya banyak benda nak tempuh
Jodoh kau nyorok dimana
Aku dah jemu jawab soalan sama
Bukan aku yang mintak tapi aku mendapat
Bukan tak usaha,
tapi gagal juga
Mak Ayah, mintak tempoh
Saya banyak benda nak tempuh
Jodoh kau nyorok dimana
Aku dah jemu jawab soalan sama
Malam Tadi Malam Edan
Malam tadi malam edan
Pagi ini pagi ilmuan
Dan takkala ini aku kelayuan
Mata dan tubuh cuba bertahan
Cuba melayan perihal hiburan
Namun tewas dalam paksaan
Selamat tinggal pujaan
Aku beradu hingga ke bulan
Pagi ini pagi ilmuan
Dan takkala ini aku kelayuan
Mata dan tubuh cuba bertahan
Cuba melayan perihal hiburan
Namun tewas dalam paksaan
Selamat tinggal pujaan
Aku beradu hingga ke bulan
Sakitnya Rindu
Aduh!
Sakitnya rindu
Rasa ngilu yang tusuk di perdu
Rindu itu memang sakit begitu
Kerana ia menikam dengan syahdu
Dan ia menerkam dengan pilu
Kau ku rindukan
Kau ku dambakan
Namun dulu kau yang ku tinggalkan
Satu dunia tahu aku rindu kau
Kecuali kau yang tak tahu
Kerana kau tutup hatimu
Padaku
Oh!
Sakitnya rindu
Sakitnya rindu
Rasa ngilu yang tusuk di perdu
Rindu itu memang sakit begitu
Kerana ia menikam dengan syahdu
Dan ia menerkam dengan pilu
Kau ku rindukan
Kau ku dambakan
Namun dulu kau yang ku tinggalkan
Satu dunia tahu aku rindu kau
Kecuali kau yang tak tahu
Kerana kau tutup hatimu
Padaku
Oh!
Sakitnya rindu
Of Taking Granted
Oh how much that i consider your worth
for what i know, u will always be there
to share our fare
and for me to have your care
but my thought for you, maybe
when i think it suits
when i think i should,
or simply when i have the mood
And now karma teach me a lesson
that i would never saw will happens
for i'm now not the person
as significant, as dominant or as importance
as u strife
independent
for what i know, u will always be there
to share our fare
and for me to have your care
but my thought for you, maybe
when i think it suits
when i think i should,
or simply when i have the mood
And now karma teach me a lesson
that i would never saw will happens
for i'm now not the person
as significant, as dominant or as importance
as u strife
independent
Bagaimana Untuk Menulis Puisi
Bagaimana
tapi lebih penting kenapa dan apa
kepada siapa, dari siapa
dan isinya
untuk difaham atau untuk dihadam
untuk difikir atau untuk dizikir
untuk ditafsir atau hanya dibazir
tulislah
tanpa tulisan tiada pembacaan
tanpa bacaan tiada penghayatan
tanpa hayat tiada kehidupan
bacalah
fikirlah
hadamlah
tapi lebih penting kenapa dan apa
kepada siapa, dari siapa
dan isinya
untuk difaham atau untuk dihadam
untuk difikir atau untuk dizikir
untuk ditafsir atau hanya dibazir
tulislah
tanpa tulisan tiada pembacaan
tanpa bacaan tiada penghayatan
tanpa hayat tiada kehidupan
bacalah
fikirlah
hadamlah
Haram
untuk melihat apa yang bukan hak,
untuk menggaya yang tidak layak
untuk merasa yang terlalu enak
namun yg haram itu manis
yg haram itu nikmat
yg haram itu lazat
harus ku tinggalkan haram
sebelum kaki ku tenggelam
sebelum hilang tenteram
sebelum ku tak bisa menyebut kalam
dan sebelum hati menjadi hitam
untuk menggaya yang tidak layak
untuk merasa yang terlalu enak
namun yg haram itu manis
yg haram itu nikmat
yg haram itu lazat
harus ku tinggalkan haram
sebelum kaki ku tenggelam
sebelum hilang tenteram
sebelum ku tak bisa menyebut kalam
dan sebelum hati menjadi hitam
Joget Kuntuman Mawar
dalam angan bahasa kalbu
terdengar satu irama
mendendang satu cerita
cereka peri puji-pujian
dibibirnya dua kelopak mawar
yang menguntum satu senyuman
dari kerlingan hujung mata
hatinya mula berbahasa
dan bahasa itu difahami naluri
yang menuntut untuk difahami
ayuh gadis mari padaku
mari bicara soalan kalbu
ingin memuji kuntum bibirmu
ingin mengukir senyum cintamu
dan jika engkau setuju
mari kita meterai janji
kelak jika ajal tak sama
nyanyian rindu dipinggir pusara
Subscribe to:
Posts (Atom)