Wednesday, 25 March 2015

Jangan Marah Semalam, Jangan Susahkan Esok

jangan marahkan si semalam

Atas segala kesilapan
dan buruk tingkahlakunya

Kerana semalam tidak akan mendengar
hari ini memarahinya

Sepertimana hari ini tidak menyedari
hari esok sedang memarahinya

Sebaliknya

Hari ini jangan susahkan hari esok
Hari ini buatlah keputusan elok-elok

Belajarlah dari silapnya si semalam
Senang dan bahagiakanlah si hari esok

Jangan buatkan dia memarahi semalamnya
Iaitu si hari ini, hari ini.

Hari ini hiduplah baik-baik.

Kerana bagi hari ini,
esok akan menjadi hari ini bagi hari ini,
esok.



No comments:

Post a Comment